Wednesday 9 April 2014

Gotong-royong menceriakan kawasan Kantin Seri Gemereh

Sepanjang bulan Februari 2014 hingga bulan April 2014, beberapa siri gotong royong diadakan di kalangan guru serta warga sekolah bagi menceriakan kawasan kantin sekolah. Pelbagai aktiviti diselaraskan bagi menceriakan kawasan kantin sekolah.
pelajar membantu guru menghias pondok ilmu

 dana hasil sumbangan PIBG SMK Gemereh

pelajar membantu menghias meja kantin

penerangan tugasan yang perlu dilakukan kepada pelajar

antara wajah pelajar yang sukerela membantu guru

Kantin sekolah

Kantin merupakan salah satu kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah sebagai tempat untuk warga sekolah khususnya murid untuk beristirehat pada waktu rehat. Di sini murid akan mendapatkan makanan dan minuman yang disediakan dengan harga yang berpatutan. Pengusaha kantin yang dilantik oleh pihak sekolah harus menyediakan perkhidmatan yang baik kepada pelanggannya dari kalangan warga sekolah. Persekitaran kantin yang bersih dan kondusif juga memainkan peranan penting selain cara penyediaan makanan yang mengikut prosuder dan speksifikasi yang disarankan oleh pihak sekolah.
KANTIN SMK GEMEREH 2014